Polls
Announcements

Berita

Program Susulan Pembasmian Wabak Rabbies dan Pemberian Vaksin di Rh. Adeng, Samueh, Engkilili, Sarawak
Tarikh : 17 Jul 2019  Sumber Berita: The MDLA Post
 

 

PROGRAM KAWALAN & PENCEGAHAN WABAK RABBIES KEPADA PEMILIK ANJING PELIHARAAN DI RUMAH ADENG, SAMUEH, ENGKILILI, SARAWAK

KERJASAMA PIHAK JABATAN VETERINAR SRI AMAN DAN MAJLIS DAERAH LUBOK ANTU

15hb sehingga 16HB JULAI 2019

Penerangan mengenai wabak rabbies dan mengenali simptom haiwan peliharaan atau liar yang menghidapi penyakit rabbies daripada En. Melo pegawai kesihatan awam MDLA bersama pegawai jabatan veterinar Sri Aman kepada penduduk Rumah Panjang Adeng, Samueh, Engkilili, Sarawak. Susulan daripada kes anjing positif penyakit rabbies di kawasan tersebut maka pihak MDLA berkerjasama dengan pihak Jabatan Veterinar Sri Aman menjalankan program kawalan dan pencegahan dalam kawasan 10KM radius daripada lokasi kes. Majlis telah mengedarkan risalah, melakukan pendidikan kesihatan dan operasi pembasmian anjing liar.

Pegawai Jabatan Veterinar bersama pemilik anjing peliharaan diberi penerangan kepentingan pemberian vaksin untuk mencegah daripada terkena wabak rabbies.

Sesi pembasmian wabak rabbies terhadap anjing liar yang dikesan pihak veterinar menghidapi simptom rabbies oleh pegawai Unit Skuad Khas Rabbies MDLA.