Polls
Announcements

Berita

Membaca Adalah Guru Yang Terbaik
Tarikh : 08 Aug 2019  Sumber Berita: The MDLA Post
 

Lawatan Belajar Sambil Membaca Pelajar Tahun Enam dan Kelab Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Lubok Antu

Oleh Steve Miller

THE MDLA POST


Pn. Molly Ruk (kanan) pegawai perpustakaan awam kecil MDLA sedang menerangkan serba sedikit kategori buku-buku kepada guru mengiring (Tengah & Kiri)

Perpustakaan Awam Kecil, MDLA Lubok Antu, 08 Ogos 2019 - Pihak Perpustakaan Awam Kecil MDLA telah menerima kunjungan lawatan oleh pihak pelajar tahun enam serta Kelab Bahasa Malaysia yang diketuai oleh para guru. Seramai 30 orang pelajar serta guru mengiring telah menerima taklimat khas serta penerangan serba sedikit mengenai buku yang sesuai dibaca mengikut kategori masing-masing.


Kelihatan para pelajar sedang mencari buku yang sesuai untuk dibaca

Pihak Kelab Bahasa Malaysia SK. Lubok Antu dengan pelajar Tahun Enam mendapat manfaat daripada aktiviti lawatan belajar sambil membaca. Pihak guru mengiring berasa amat puas hati kerana persekitaran yang bersih, teratur dan keselesaan ketika berada di dalam perpustakaan awam kecil MDLA.


Para pelajar sedang mendengar penerangan pendek oleh cikgu mengiring

Selaras dengan peredaran zaman tetapi tiada yang mendapat mengubah cara kita mendapatkan ilmu bak kata mutiara "Membaca Adalah Guru Yang Terbaik". Pihak Perpustakaan Awam Kecil MDLA mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak Kelab Bahasa Malaysia serta guru mengiring pelajar Tahun Enam untuk mengadakan lawatan belajar sambil membaca