Polls
Announcements

Berita

PENGHANTARAN NOTIS PEMATUHAN SOP PKPB DI PREMIS PEKAN ENGKILILI
Tarikh : 17 Apr 2021  Sumber Berita: MDLA POST
 

UTUSAN MDLA

10 APRIL 2021, SABTU

Pihak PDRM, Penguatkuasa, Pegawai Kesihatan dan Persekitaran serta RELA sedang melakukan pemantauan pematuhan SOP di setiap premis makanan/kedai/penjaja

 

ENGKILILI: Ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dipercayai menjadi faktor kes Covid-19 bagi tempoh tiga minggu ini sukar untuk diturunkan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran, En. Alvin berkata, sehingga semalam angka kes di sarawak ini melantun naik dan ia satu keadaan yang amat membimbangkan.

Katanya, perkara itu dikaitkan dengan aktiviti norma baharu kehidupan di mana masyarakat mesti terus menjalankan tanggungjawab untuk memastikan diri dan keluarga terhindar daripada virus tersebut.

“Sehingga kini pihak Majlis memperketatkan lagi pematuhan SOP dan kita dapati ia kerana isu kepatuhan kepada SOP yang dilihat agak merosot.

“Untuk itu, pihak komuniti dan peniaga di premis perlu terus jalankan peranan atau mainkan tangunggjawab untuk pastikan diri dan masyarakat dilindungi sebelum menerima vaksin Covid-19 yang telah bermula fasa satu, dua dan akan masuk fasa ketiga tidak lama lagi,” katanya.