Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kursus Kemahiran Pertanian (Penanaman Getah dan Durian MousaKursus Kemahiran Pertanian (Penanaman Getah dan Durian Mousa

05.12.2017 (Selasa) - Bilik Mesyuarat MDLA, seramai 30 orang peserta menyertai Kursus Kemahiran Pertanian bagi penanaman getah dan penanaman durian mousang king yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Lubok Antu bersama Jabatan Pertanian Engkilili serta Pusat Latihan Pertanian Semengok, Kuching. Kursus tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha MDLA, En. Phang Joon Foong selaku peserta kursus bersama staf majlis, pelbagai agensi kerajaan (bakal pesara) serta kalangan pesara kakitangan kerajaan. Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan para peserta kepada kemahiran pertanian secara teori dan praktikal supaya lebih jelas serta mudah difahami. Para peserta kursus kemahiran pertanian dapat menyediakan diri dengan maklumat dan praktikal yang telah dipelajari sebelum bersara serta menjana pendapatan di masa hadapan.

Dari tengah kiri: Peg. Jabatan Pertanian Engkilili, En. Jabu Tengah: Setiausaha MDLA, En. Phang Joon Foong, dari tengah kanan: Pegawai Pusat Latihan Pertanian Semengok, Kuching (2 orang)