Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Program Transformasi Keusahawanan Untuk Pembangunan Ekonomi Program Transformasi Keusahawanan Untuk Pembangunan Ekonomi

12.2017 (Rabu) - Bilik Mesyuarat MDLA, seramai 50 orang peserta Program Transformasi Keusahawanan yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Lubok Antu. Para peserta terdiri daripada golongan pengusaha gerai kecil, para belia serta komuniti sekitar pekan Engkilili. Program tersebut telah dijalankan selama 2 hari bermula 06.12.2017 sehingga 07.12.2017 oleh En. Zainal Abidin Zainudin sebagai penceramah bagi pihak RJ Consultant.

Penceramah Program Transformasi Keusahawanan, Encik Zainal Abidin Zainudin.

Program tersebut telah menarik minat ramai peserta untuk terus mengikuti sehingga ke hari kedua. Dari pagi sehingga ke petang para peserta program mempelajari, memahami, menghayati serta mengaplikasi segala ilmu, pengalaman serta maklumat yang telah dikongsi oleh penceramah Encik Zainal. Mengikut kepada pemerhatian dan soal selidik bersama para peserta program, semua peserta berasa amat bertuah serta berterima kasih kepada En. Zainal terhadap perkongsian segala maklumat dan tunjuk ajar beliau.

Sepanjang program tersebut peserta amat berpuas hati dan mula berminat terhadap dunia keusahawanan. Segala pengalaman serta ilmu yang dikongsi oleh En. Zainal terhadap para peserta telah menjayakan motif program tersebut diadakan iaitu untuk pembangunan ekonomi komuniti tempatan. Semoga program seperti ini akan diadakan pada masa hadapan memandangkan permintaan susulan daripada para peserta amat menggalakkan.

Tengah: En. Zainal Abidin (Penceramah) En. MaCcrea (Pen. Setiausaha MDLA) bersama para peserta Program Transformasi Keusahawanan Untuk Pembangunan Ekonomi Komuniti Tempatan