Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Program Pemeriksaan Kesihatan PercumaProgram Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Tarikh : 02 Oktober 2017 (Isnin)

Tempat : Perkarangan Lobby, Majlis Daerah Lubok Antu

Masa : 09.00 Pagi sehingga 04.30 Petang

Peserta : Staf MDLA dan orang awam (Walk-In) atas urusan rasmi

Anjuran Majlis Daerah Lubok Antu bersama pihak Medicare, Kuching

Pihak Majlis Daerah Lubok Antu telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan secara Percuma bersama pihak Medicare, Kuching. Program ini dijalankan khas buat semua ahli kakitangan MDLA serta kepada pihak orang awam yang datang berurusan ke pejabat majlis. Kesemua staf MDLA turut serta melakukan pemeriksaan kesihatan dan terdapat beberapa orang awam yang datang berurusan turut terkejut program pemeriksaan kesihatan dijalankan secara percuma. Ini adalah sebahagian daripada aktiviti program pembangunan komuniti Majlis Daerah Lubok Antu terhadap staf dan juga pihak komuniti. Semoga program seperti ini dapat dilakukan pada masa hadapan disamping memupuk kesedaran di kalangan staf bahawa kesihatan diri haruslah dijaga sentiasa demi menjamin kesihatan serta kesejahteraan hidup.

Pihak Medicare, Kuching telah memberi diskaun hebat sehingga 50% terhadap produk penjagaan kesihatan terbaru iaitu Body Acu-Pro yang berharga RM1,200 (asal) kepada RM599 (setelah diskaun 50%). Pihak Medicare berterima kasih kepada pihak staf MDLA kerana 6 unit set Body Acu-Pro dibeli secara tunai memandangkan harga yang ditawarkan pada tahap yang menarik