Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Operasi Penangkapan Anjing Liar Di Skim SkrangOperasi Penangkapan Anjing Liar Di Skim Skrang

10 Disember 2018

1800 petang - 2300 malam

Skim Skrang, Engkilili pihak pasukan gerak khas (anjing liar) MDLA telah melakukan operasi penangkapan anjing liar di sekitar kawasan turut dibantu oleh 2 orang Ahli Majlis iaitu Kr. Bangkong dan Kr. Along (seliaan kawasan skim skrang). Pasukan gerak khas diketuai En. Alvin (PPKP U29) dan En. Melo (PKA U24) bersama anggota pasukan iaitu En. Lamat, En. Melville, En. Jimmy Sami, En. Awang dan En. Franklin. Objektif operasi ini dilakukan untuk mencegah dan memantau kawasan berisiko anjing liar berkeliaran. Dalam pada masa yang sama mencegah daripada penularan penyakit "Rabbies"(sakit anjing gila). Jika adanya maklumat ataupun aduan daripada pihak komuniti mengenai anjing liar maka pihak pasukan gerak khas akan melakukan pemantauan serta bertindak melakukan penangkapan jika terdapat anjing liar yang ganas. Ahli majlis di kawasan seliaan masing-masing akan membantu menyalurkan maklumat kepada pihak komuniti serta mendapatkan maklumat mengenai anjing liar kepada pihak majlis ataupun kepada pihak pasukan gerak khas jika terdapat kes kecemasan (anjing liar ganas).

Kr. Along(ketiga dari kiri), Kr. Bangkong(tengah), En. Alvin(ketiga dari kanan),

En. Melo(kedua dari kiri) bergambar bersama ahli pasukan gerak khas

En. Lamat ahli pasukan gerak khas (anjing liar) sedang memindah anjing liar

ke dalam sangkar kuarantin

Anjing liar dikuarantin dalam sangkar tunggu diambil sampel darah (rabbies)

daripada pihak veterinar Sri Aman