Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
 BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil


Jumlah Pelawat : janitorial service broward
Kemaskini Pada: 23/Okt/2019
Versi 8.2.2
 
FAQ

1. KESIHATAN AWAM (LESEN)
2. KERJA AWAM
3. PERTANYAAN MENGENAI CUKAI TAKSIRAN
4. PERTANYAAN MENGENAI KAUNTER MAJLIS DAERAH LUBOK ANTU


KESIHATAN AWAM (LESEN)

PERTANYAAN BERKENAAN PERMOHONAN BAGI LESEN GERAI MAKANAN, TEH DAN KOPI, BIR DAN MINUMAN KERAS SERTA LESEN-LESEN YANG LAIN.

1. Bagaimanakah untuk membuat permohonan lesen gerai makanan, teh dan kopi, bir dan minuman keras serta lesen-lesen yang lain?

Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Daerah Lubok Antu. Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut;

  • Satu ( 1 ) Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini, Tiga (3) keping gambar untuk permohonan Laundry.
  • Satu ( 1 ) Salinan Surat Hak Milik Tanah/TOL.
  • Satu ( 1 ) Salinan Bil Cukai yang baru dijelaskan (House Assessment Bill).
  • Surat Kebenaran daripada Tuan Punya Premis atau 1 set salinan Surat Perjanjian (Tenancy Agreement) jika berkaitan.
  • Pelan tapak dan lantai bangunan yang menunjukan Kehendak-Kehendak Kesihatan (Floor Layout Plan).
  • Surat Sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (Untuk Lesen LPG/Bahan-bahan Petroleum/Lodging House).
  • Surat Sokongan daripada Pihak Polis.
  • Surat Sokongan/Kelulusan daripada agensi berkenaan (Cth: Kantin, Ladang, Agensi Perjudian dan lain-lain.
  • Pelan lokasi tempat berniaga.

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu, 95800 Engkilili, Sarawak.

2. Bilakah lesen akan tamat dan bagaimanakah pembaharuan Lesen boleh dibuat?

Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun dan mesti diperbaharui dalam tempoh 42 hari dari tarikh luput. Pembayaran lesen hendaklah dibuat di Kaunter Kutipan Pelbagai Hasil Majlis Daerah Lubok Antu.

  • Tempoh Jan-Dis : Bayar sebelum 13 Feb
  • Tempoh Jan-Jun : Bayar Sebelum 13 Feb
  • Tempoh Jul-Dis : Bayar sebelum 13 Ogos

Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen?

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Lubok Antu, mengendalikan gerai makanan, kedai teh dan kopi, bir dan minuman keras serta perniagaan-perniagaan yang lain tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

3. PERTANYAAN MENGENAI PERMOHONAN BAGI LESEN KEDAI RUNCIT KAMPUNG

1. Bagaimanakah untuk membuat Permohonan Lesen Kedai Runcit Kampung? Borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Daerah Lubok Antu. Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :

  • Borang yang telah di sahkan oleh Pemanca/ Penghulu/Ketua Kampung /Tuai Rumah /Pengerusi JKKK.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini.
  • Salinan Surat Hak Milik Tanah/TOL.
  • Salinan Bil Cukai yang baru dijelaskan(House Assessment Bill).
  • Pelan lokasi tempat berniaga.

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu, 95800 Engkilili, Sarawak.

2. Apakah kesalahan sekiranya tidak memiliki Lesen Kedai Runcit Kampung?

Di bawah undang-undang kecil Majlis Daerah Lubok Antu, berniaga kedai kampung tanpa memiliki lesen yang sah dari Majlis merupakan satu kesalahan dan boleh didenda.

 

 

 

Atas


KERJA AWAM

1. Apakah perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bahagian Kerja Raya?

  • Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
  • Penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan, seperti jalan raya, parit/longkang, jambatan, lampu jalan, taman rekreasi, bangunan-bangunan majlis.
  • Mengurus dan memproses dokumen-dokumen tender dan perjanjian kontrak.
  • Menguruskan permohonan kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran sijil layak menduduki bangunan (occupation permit).
  • Menyediakan laporan prestasi projek-projek pembangunan.

2. PERMOHONAN PERMIT JALAN UNTUK MENGGUNAKAN JALAN-JALAN MAJLIS

1. Bagaimanakah untuk membuat permohonan Permit Jalan?

Di bawah Peraturan lalu lintas Jalan, penggunaan mana-mana kenderaan bermotor yang berat muatannya melebihi muatan seperti yang ditetapkan adalah dilarang menggunakan mana-mana jalan yang ditetapkan oleh Majlis kecuali pemandu atau tuan punya kenderaan telah mendapatkan permit daripada Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu untuk tujuan tersebut. Pemohon diminta untuk membayar deposit bagi memastikan semua syarat permit dipatuhi.

 

 

Atas


PERTANYAAN MENGENAI CUKAI TAKSIRAN

2.1 Apakah itu cukai taksiran?
     - Cukai taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas   
       pegangan (Harta) yang terletak di dalam bidangkuasa  \
       Majlis. Cukai taksiran adalah merupakan satu sumber 
       pendapatan utama bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
       dan hasil dari cukai taksiran digunakan untuk menyalurkan
       perkhidmatan kepada orang ramai.
2.2 Apakah jenis pegangan yang dikecualikan dari cukai
     taksiran?
     - Terdapat berberapa jenis pegangan yang dikecualikan dari 
        cukai pegangan antaranya ialah tanah perkuburan,   
        sekolah, tempat ibadat dan sebagainya.
2.3  Apakah jenis / klasifikasi cukai yang dikenakan oleh Majlis?
        2.3.1. Tujuan Am
      - Cukai yang dikenakan ke atas semua pegangan bercukai
        yang berada di bawah kawasan kuasa tempatan Majlis.
    2.3.2 Penyelenggaraan Jalan
      - Cukai penyelenggaraan jalan akan hanya dikenakan   
        kepada
        pegangan bercukai, yang mana ia memperolehi 
        keuntungan dari jalan, secara langsung atau tidak
        langsung, yang diselenggarakan oleh pihak Majlis.
3. Pungutan Sampah
      - Cukai pungutan sampah hanya akan dikenakan terhadap 
        pegangan bercukai apabila sampah dipungut oleh atau 
        bagi pihak Majlis dan di mana bayaran yang diberikan oleh
        pemilik untuk perkhidmatan tersebut adalah tidak dikawal
        oleh undang - undang ialah cukai yang kecil atau kontrak.
4. Lampu Jalan
     - Cukai dikenakan ke atas pegangan bercukai yang
        terletak dengan lampu
        jalan yang terdekat.
   
     5. Levi
     - levi ialah cukai yang dikenakan ke atas ladang kelapa 
       sawit dalam kawasan bidangkuasa Majlis.

6. Bilakah tarikh akhir pembayaran cukai pintu?
     - Kawasan Bandar
       ½ tahun pertama : 31 Mei dan ½ tahun kedua : 31 Oktober
        Kawasan Luar Bandar
      - Tahunan : 31 Oktober

Atas


PERTANYAAN MENGENAI KAUNTER MAJLIS DAERAH LUBOK ANTU

1.  Bilakah Kaunter Majlis Daerah Lubok Antu Beroperasi?
     Waktu Operasi :
  • Isnin - Khamis : 0800 Pagi - 1300 Tengah Hari & 1400 Petang - 1600 Petang
  • Jumaat: 0800 Pagi - 11.45 Pagi & Petang 1415 Petang - 1600 Petang
2.  Apakah jenis - jenis bil yang boleh dibayar di kaunter Majlis 
     Daerah Lubok Antu?
  • Bil - bil Pelbagai Majlis (Perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis)
  • Bil - bil Cukai Taksiran
  • Lesen Yang Dikeluar oleh Majlis

Atas