Majlis Pelancaran Program "Waste To Cash" Majlis Daerah Lubok Antu 2024
Disiarkan pada 26 Jun 2024
Sumber Berita: https://www.facebook.com/shanliong.liew/posts/pfbid0AYRMKmsM6BWjufXkDz8dzdhipHztwu8bzRaxmXJoQokBoWmJKwTBhiDpdztzWo9ql?notif_id=1719381376364299¬if_t=story_reshare&ref=notif
Pelancaran Program "Waste To Cash" Majlis Daerah Lubok Antu, 2024
Engkilili : 26 Jun 2024 (Rabu) Majlis Pelancaran Program "Waste To Cash" Majlis Daerah Lubok Antu 2024 telah dirasmikan oleh Encik Kua Jack Seng, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Lubok Antu.
Objektif program ini adalah untuk mencapai KPI Majlis Daerah Lubok Antu dalam "waste minimization efforts". Ianya adalah sebagai usaha MDLA bagi program pengasingan sampah yang boleh dikitar semula.
Antara pengisian program ini ialah menjual dan membeli barang dan sampah termasuk "e-waste" yang boleh dikitar semula. Selain itu, bagi memupuk semangat masyarakat setempat, Pertandingan Program W2C bagi kategori Jabatan/ Agensi, Sekolah, Jawatankuasa Kemajuan dan Komuniti peniaga juga turut dilaksanakan.
Usai program pelancaran, Encik Kua Jack Seng mengadakan simbolik Program "Waste To Cash" Majlis Daerah Lubok Antu, 2024.
Pihak Majlis Daerah Lubok Antu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.