picture

 

Sejarah MDLA


Majlis Daerah Lubok Antu merupakan sebuah organisasi kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Local Authorities Ordinance, 1956 di bawah kuasa-kuasa Kerajaan Negeri. Ia merupakan suatu peringkat Kerajaan yang berasingan dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu antara yang penting seperti kuasa mengadakan undang-undang kecil (atau by-laws) daripada enakmen-enakmen dan ordinan yang dilulukan oleh Kerajaan Negeri; kuasa mengutip cukai taksiran, kadar sewa dan lain-lain; dan kuasa mengadakan autonomi kewangan.

Sejarah Majlis Daerah lubok Antu bermula pada tahun 1957 dengan ibu pejabat yang terletak di Pekan Englilili dan sebuah pejabat kecil yang terletak di pekan Lubok Antu. Sebagai sebuah organisasi yang terletak di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Sarawak. Majlis ini juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan luar bandar di Daerah Lubok Antu yang mempunyai kawasan hanya seluas 2,338.00 kilometer persegi pada masa itu. Walaubagaimanapun, jumlah keluasan pada hari ini ialah 3,142.55 kilometer persegi.


Huruf "M.D.L.A" merupakan singkatan kepada Majlis Daerah Lubok Antu.
Lingkaran padi menunjukkan tanaman utama di Daerah ini ialah padi dan merupakan ruji makanan penting penduduk di daerah ini.
Melambangkan semua penghuni di bawah jagaan Majlis Daerah ini sentiasa menjunjung tinggi serta mentaati Perlembagaan Negara.
Melambangkan "Gunung Tiang Laju" Gunung yang tertinggi di Bahagian Sri Aman tersegam indah di Daerah Lubok Antu.
Melambangkan " Dam Hidro Elektrik Batang Ai" Projek Hidro Yang Pertama di Negeri Sarawak. Ia juga merupakan tarikan utama kepada pelancong datang ke Daerah ini.
Melambangkan sepasang "Ikan Semah". Ikan yang termahal dan terdapat banyak di Sungai Batang Lupar - Sungai yang terpanjang Di Bahagian Sri Aman.