Fungsi MDLA

 

Fungsi MDLA


1.
Memberi perkhidmatan perbandaran yang cekap dan efisyen secara berterusan.
2.
Merancang, melaksana dan menyelenggara projek pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan.
3.
Memastikan setiap pegangan di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan diukurperiksa dan dikenakan cukai taksiran dan levi (Ladang kelapa sawit).
4.
Merancang, mengurus dan mengatasi masalah kebersihan dan kesihatan awam.
5.
Mengkaji semula dan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.
6.
Menyelaras, menerima dan mengurus laporan aktiviti-aktiviti Pihak Berkuasa Tempatan.
7.
Merancang, mengurus dan menyediakan kemudahan perpustakaan awam.

Pelanggan Majlis merangkumi semua lapisan masyarakat yang bermastautin di Daerah Lubok Antu termasuk para peniaga, pembekal dan juga agensi-agensi kerajaan dan swasta.