Official Website of Lubok Antu District Council
Majlis Daerah Lubok Antu merupakan sebuah organisasi kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Local Authorities Ordinance, 1956 di bawah kuasa-kuasa Kerajaan Negeri. Ia merupakan suatu peringkat Kerajaan yang berasingan dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu antara yang penting seperti kuasa mengadakan undang-undang kecil (atau by-laws) daripada enakmen-enakmen dan ordinan yang dilulukan oleh Kerajaan Negeri; kuasa mengutip cukai taksiran, kadar sewa dan lain-lain; dan kuasa mengadakan autonomi kewangan
Lebih LanjutPress Release, 01 January 2023
Peringatan Mesra: Cukai Taksiran Tahun 2023 Cukai Taksiran untuk Setengah Tahun Pertama - setiap 31hb Mei kalendar tahunan Cukai Taksiran untuk Setengah Tahun Kedua - setiap 31hb Oktober kalendar tahunan Denda lewat akan dikenakan sebanyak 1% secara bulanan setelah tamat tempoh akhir pembayaran. Peringatan Mesra: Lesen Kedai Makanan/Minuman/Pelbagai/Kampung/Penyimpanan Petroleum Tempoh penerimaan pembayaran : Setiap 01hb Januari sehingga 11 Februari Tempoh caj denda lewat : Selepas tarikh 11 Februari akan dikenakan 50% daripada lesen tersebut.