News

 

MAJLIS PELANCARAN "PLASTIC FREE SATURDAY CAMPAIGN 2024" PADA 3 JULAI 2024 (RABU) DI SETIAP PREMIS DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH LUBOK ANTU

Posted on 04 Jul 2024
Source of News: https://www.facebook.com/share/p/7zBrhnp18LePUmbA/

 
MAJLIS PELANCARAN "PLASTIC FREE SATURDAY CAMPAIGN 2024" PADA 3 JULAI 2024 (RABU) DI SETIAP PREMIS DI BAWAH PENTADBIRAN MAJLIS DAERAH LUBOK ANTU.
ENGKILILI : Majlis Daerah Lubok Antu komited dalam melestarikan alam sekitar dengan Program Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di setiap premis di bawah Pentadbiran Majlis Daerah Lubok Antu.
Program Kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Kaunselor Encik Ugil Ak Jok merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti dan Pelancongan pada 3 Julai 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Lubok Antu.
Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu, Encik Tommy Anak Laman berkata, pelaksanaan kempen ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya di Daerah Lubok Antu untuk menjaga kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plasti beg. Justeru itu, kempen ini menjadi petunjuk Prestasi Utama (KPI) Majlis Daerah Lubok Antu dalam pengurusan "Waste Minimization Efforts". Kempen Hari Tanpa Plastik Beg ini akan dilaksanakan bermula dari 6 Julai 2024 (Sabtu) ujarnya.
Seramai 50 orang peserta di kalangan pengusaha premis makanan dan minuman di bawah pentadbiran Majlis Daerah Lubok Antu menghadiri program ini menerima penerangan daripada Cik Theresa Santa Ahmad Abdullah selaku Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Lubok Antu.