
Program Go Green Heroes (GG Heroes) anjuran Majlis Daerah Lubok Antu yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Nanga Delok, Ulu Batang Ai, Lubok Antu.
31 Julai 2024 (Rabu) : Program (GG Heroes) yang dianjurkan buat kali ketiga ini disertai oleh pelbagai agensi sperti Angkatan Pertahan Awam Malaysia (Lubok Antu), Balai Bomba dan Penyelamat (Betong), Kelab Pencinta Alam Sekitar SMK Engkilili dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (Betong).
Objektif program ini adalah untuk menjaga kelestarian alam sekitar. Adalah menjadi tanggungjawab bersama bahawa penjagaan alam sekitar amatlah penting demi menjaga keharmonian dan ekosistem yang stabil. Pelbagai aktiviti yang menarik yang dijalankan sepanjang dua hari program berlangsung.
Usai program tersebut, disampaikan sumbangan alat pemadam api sumbangan Batang Ai Power Generation Sdn Bhd dab sumbangan majalah dari Majlis Daerah Lubok Antu.
https://www.facebook.com/p/KELAB-MDLA-100095135562701/