Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Sambutan Mengejut Harijadi Staf MDLA (Pn. Stephanie)Sambutan Mengejut Harijadi Staf MDLA (Pn. Stephanie)

Sambutan harijadi staf MDLA yang bernama Pn. Stephanie dari bahagian Percukaian dan Kadaran telah diadakan secara mengejut hasil kerjasama Setiausaha iaitu En. Phang Joon Foong bersama para staf yang lain. Kebetulan tarikh harijadi tersebut turut dikongsi bersama oleh salah seorang anggota pengiring penaksiran audit Sirim.

Pn. Stephanie (berbaju belang hitam putih, kanan) bersama En. Phang Joon Foong, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu (kiri) Pn. Lentina, PPKP U32 (tengah)

Pn. Stephanie sedang memotong kek harijadi diraikan bersama semua staf MDLA dalam keadaan yang gembira malu sipi-sipi (Tarikh Harijadi : 11hb Julai)

En. Phang Joon Foong, Setiausaha MDLA amat menggalakkan sambutan harijadi di kalangan staf terutamanya secara mengejut. Secara tidak langsung mengeratkan hubungan sesama staf daripada berlainan kaum dan agama untuk turut serta meraikan. Keunikkan sambutan harijadi staf di Majlis Daerah Lubok Antu ialah segala kos adalah ditanggung secara kutipan ikhlas daripada semua kakitangan kerana MDLA mempunyai MOTO tersendiri iaitu 1 keluarga, 1 suara. Sambutan harijadi tidak terhad kepada umur dan status, tetap diraikan bersama selagi staf masih berkhidmat untuk MAJLIS DAERAH LUBOK ANTU. Terima kasih kepada semua staf yang telah ikhlas menjayakan setiap sambutan harijadi.